Tarian Tradisional India
Tarian Bharathanatyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Bharathanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,penuh dengan kegembiraan. Tarian ini berasal dari kalangan orang Tamil menduduki wilayah Tamil Nadu di selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Sebuah persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nriya (tarian Ekspresi).
Video Persembahan
Sertai Kami
Berminat untuk menjemput kami membuat persembahan atau ingin menyertai kumpulan tarian kami? Hubungi kami melalui laman contact us untuk maklumat lanjut.