Seni Pertahanan Diri
Silambam (Tamil: சிலம்பம்) atau Silambattam (Tamil: சிலம்பாட்டம்) atau Chilambam , merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilakam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri tradisi dikalangan orang India sejak turun kemurun. Kini penduduk tempatan di Malaysia dan Singapura yang berbangsa India, Melayu, Cina dan bangsa asing juga mengambil bahagian didalam seni Silambam.
Video Persembahan
Sertai Kami
Berminat untuk menjemput kami membuat persembahan atau ingin menyertai kumpulan tarian kami? Hubungi kami melalui laman contact us untuk maklumat lanjut.