Welcome to Pertubuhan Tamil Isai Urumi Melam Malaysia (PTIUMM)
Pertubuhan Tamil Isai Urumi Melam Malaysia atau dikenali sebagai 'PTIUMM', merupakan sebuah badan kebudayaan dan kesenian yang memfokuskan kepada warisan muzik tradisional masyarakat Tamil di Malaysia. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan tujuan utama untuk memelihara, mempromosikan, dan memperkasa muzik tradisional Urumi Melam, iaitu salah satu genre muzik tradisional yang dimainkan dengan alat perkusi tradisional seperti Urumi dan Thavil.
Memartabatkan Seni Budaya Tamil: Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam memastikan seni muzik tradisional Tamil, terutama Urumi Melam, terus hidup dan relevan di kalangan generasi muda
About Us
Muzik klasik India merupakan salah satu muzik yang tertua. Muzik India bermula kira-kira abad ke-2 selepas masihi. Di percayai perkembangan muzik India berlaku selepas bangsa Arya bermigrasi ke India kira-kira 1500 SM. Muzik India terus berkembang dan menjadi penting pada abad ke 20 selepas merdeka pada tahun 1947 sebagai simbol keagungan, penghormatan dunia kepada muzik India.
Menurut lagenda, muzik India ini mendapat inspirasi dari pemujaan para dewa dewi. Masyarakat India klasik percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara, irama, dan tari-tarian lalu diturunkan olehnya seseorang yang pandai untuk mengajar masyarakat India. Muzik klasik India merupakan muzik yang berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat contohnya Zikir Rig Veda berumur 3000 tahun hanya 3 not. Muzik India berkonsepkan melodi dan irama berbeza dari muzik barat yang berkonsepkan kepada harmoni dan counterpoint. Dalam muzik klasik India, mereka mementingkan improvisasi dalam struktur lagu. Selain itu, skala dalam muzik India juga berbeza dari muzik barat dimana terdapat interval yang lebih kecil dari semiton yang dipanggil sruti(microtone). Dalam satu skala terdapat lebih 20 sruti penggunaan skala dalam muzik India, ia adalah sukar untuk ditranskripsi mengikut notasi barat.
Dalam muzik klasik India, hubungan antara guru dan shisya amat penting dalam cara mereka mempelajari sesuatu muzik. Bagi masyarakat India terdahulu mempelajari muzik berkait rapat dengan hubungan hukum agama, tuhan, falsafah, kerohanian, sosial, ritual dan alam ghaib ini kerana muzik itu adalah sebagai alat yantra dan bhgavatar (sebagai persembahan tuhan). Muzik disampaikan secara aural dan imitasi iaitu pelajar meniru segala apa yang diajar oleh guru dan pendirian guru. Pembelajaran muzik melalui teori dan bacaan tidak dapat memenuhi kehendak dan hakikat sebenar.
Muzik India masuk ke Malaysia semasa imigrasi orang India di zaman penjajahan dan sebelum zaman penjajahan, buktinya sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, raja-raja di Tanah Melayu beragama hindu. Dalam masyarakat India, agama dan muzik berkait rapat kerana muzik adalah satu unsur penting semasa upacara keagamaa
Misi
- Memelihara Tradisi: Melindungi dan mewariskan seni muzik Urumi Melam kepada generasi muda dengan menyediakan latihan dan pendidikan muzik tradisional.
- Memperluas Kesedaran: Mengadakan program kesedaran dan pertunjukan untuk memperkenalkan keindahan seni muzik Tamil kepada masyarakat umum.
- Memperkasa Komuniti: Meningkatkan perpaduan dalam kalangan komuniti Tamil melalui muzik tradisional sebagai medium utama.
- Membina Bakat Baharu: Menyokong bakat-bakat muda melalui pertandingan, bengkel, dan sesi pementoran untuk memastikan kesinambungan seni ini.
- Kerjasama Budaya: Bekerjasama dengan organisasi seni lain di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan pertukaran budaya dan memperluaskan jaringan seni.
Visi
- Menjadi platform utama dalam memperkasakan seni muzik tradisional Tamil, khususnya Urumi Melam, sebagai warisan budaya yang dihormati dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia dan peringkat antarabangsa